Hari ini saya mengikuti ceramah sempena sambutan kemerdekaan dan ihya' Ramadhan yang disampaikan oleh seorang ustazah. Isi ceramahnya sangat bagus, malangnya ceramah itu menjadi cacat kerana penceramah telah menyelitkan contoh-contoh berunsur lucah. "...nampak habis bola-bola pingpong.....orang tidur pakai seluar, ni pakai kain pelikat, bila mak gerak, tarik kain pelikat atas bawah, nampak habis yang bawah kain pelikat...puasa kemaluan...."
Sebenarnya, tidak perlulah kita menggunakan teknik murahan untuk menarik perhatian pendengar. Bahasa kita menggambarkan peribadi kita. Saya sebagai lelaki terasa malu mendengar ceramah berkenaan. Jikalah tidak kerana menghormati majlis, saya tinggalkan majlis tersebut.
'BAHASA JIWA BANGSA'
SMK Perlis
4.9.09
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment