Sunday, June 21, 2009

KENANGAN BUAT PENAKWAH: DR. FATHI YAKAN


Dr. Fathi Yakan baru saja kembali ke rahmatullah pada 13 Jun 2009. Sepanjang hayatnya, beliau telah mawakafkan hidup beliau kepada dakwah dan tarbiah Islamiah khasnya di Lubnan dan dunia Islam ammnya.

Antara bukunya yang terkenal di Malaysia adalah Apa Ertinya Saya Menganut Islam yang telah diulang cetak beberapa kali.

Akidah yang benar dan sah adalah menjadi syarat pertama kepada pengakuan seseorang yang telah menerima Islam sebagai agama yang mengatur hidupnya. Akidah tersebut mestilah sejajar dengan apa yang telah termaktub dalam kitab suci al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

Saya mestilah mengimani dan meyakini bahawa Allah tidak mencipta alam ini tanpa tujuan atau untuk bermain sahaja kerana perbuatan sia-sia dan main-main tidak layak bagi Allah yang bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan

Hati akan menjadi sendi kekuatan dalam pertarungan jiwa apabila hati itu terus hidup, lembut, bersih, cekal dan sentiasa mengingati kata-kali Sayyidina Ali bin Abi Talib Karramallahu wajhah, Allah mempunyai bejana di bumi, iaitu hati. Hati yang paling Allah kasihi adalah hati yang paling lembut, paling, bersih dan paling cekal." Kemudian Ali menerangkan maksud perkataannya dengan mengatakan, "Paling cekal dalam beragama, paling bersih dalam keyakinannya dan paling lembut terhadap saudaranya.

Juga hati yang sentiasa mengingati perkataan Ali bahawa, Hati seorang mukmin itu suci bersih, pada hati itu terdapat pelita yang bercahaya.Hati kafir itu hitam, sentiasa sakit.

Petikan daripada buku Apa Ertinya Saya Menganut Islam karya Dr. Fathi Yakan. Semoga Allah s.w.t. menempatkan Dr.Fathi Yakan ke dalam golongan para salihin dan syuhada'. Amin.

No comments:

Post a Comment