Saturday, June 27, 2009

AL-FATIHAH UNTUK MICHEAL JACKSON (MIKAEEL)

Inna Lillahi wa Inna Ilai Raji'un. Micheal Jackson (Mikaeel) telah kembali ke rahmatullah pada 26 Jun 2009. Beliau telah diberi hidayah Oleh Allah swt untuk masuk ke pangkuan Islam beberapa bulan sebelum pengembalian beliau. Beberapa akhbar online seperti The Sun, The Telegraph dan The New York Post telah melaporkan pengislaman beliau yang telah dilakukan oleh seorang imam dan majlis pengislaman tersebut turut dihadiri oleh penyanyi terkenal Yusuf Islam (Cat Steven). Penyanyi David Wharnsby (Dawud Wharnsby Ali) dan produser Philip Bubal (Idris Philips) turut dalam majlis tersebut.

Semoga Allah swt menempatkan beliau bersama orang-orang yang mendapat keampunan-Nya dan semoga pengislamannya membuka laluan kepada lebih ramai lagi insan yang mendapat hidayah kepada pangkuan Islam.Amin.

Wednesday, June 24, 2009

DINNER DI SAWAHIJAU (II)


ILMU DAN AMAL

At-Tabrani telah mengeluarkan suatu perkhabaran di dalam kitabnya Al-Aswad dari periwayatan Ibnu 'Umar r.a yang berkata :"aku telah melalui sebahagian dari umurku di mana setiap dari kami ini diberi keimanan dahulu sebelum kami diberi Al-Quran. Sehingga apabila turunnya satu surah kepada Nabi Muhammad s.a.w, maka darinya kami mempelajari haram dan halal. Darinya juga kami mempelajari perkara yang harus kami berhenti padanya seperti mana yang kami tahu. Setelah itu, aku mendapati orang-orang Islam diberikan Al-Quran sebelum diberinya iman yang mantap maka mereka ini membaca kandungan Al-Fatihah hingga ke hujungnya dalam keadaan mereka tidak menyedari apa yang disuruh, apa yang dilarang, dan apa pula yang harus mereka berhenti padanya.

Dipetik daripada kitab SURI TELADAN PARA SAHABAT RA oleh Dr. Ali Shurbaji

Sunday, June 21, 2009

SAJAK&GAMBAR FACI DAN PESERTA KMK13





SAJAK KMK13
DI TEPI TASIK ITU

Di tepi tasik itu
Kita menyusuri stesen demi stesen
Mencari prasasti
Persis kita menyusuri
pusat-pusat ilmu
Mencari redha Ilahi

Di dalam tasik itu
Kita mengharungi air
Berbekalkan perahu dan pendayung
Persis kita mengharungi hidup ini
Berbekalkan bahtera Syariat dan pendayung keimanan

Di tepi tasik itu
Kita berkampung
Membina tautan keimanan
Membina ikatan ukhuwwah.

Pendang Lake Resort
Majlis Penutup KMK13
11 Jun 2009




KENANGAN BUAT PENAKWAH: DR. FATHI YAKAN


Dr. Fathi Yakan baru saja kembali ke rahmatullah pada 13 Jun 2009. Sepanjang hayatnya, beliau telah mawakafkan hidup beliau kepada dakwah dan tarbiah Islamiah khasnya di Lubnan dan dunia Islam ammnya.

Antara bukunya yang terkenal di Malaysia adalah Apa Ertinya Saya Menganut Islam yang telah diulang cetak beberapa kali.

Akidah yang benar dan sah adalah menjadi syarat pertama kepada pengakuan seseorang yang telah menerima Islam sebagai agama yang mengatur hidupnya. Akidah tersebut mestilah sejajar dengan apa yang telah termaktub dalam kitab suci al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

Saya mestilah mengimani dan meyakini bahawa Allah tidak mencipta alam ini tanpa tujuan atau untuk bermain sahaja kerana perbuatan sia-sia dan main-main tidak layak bagi Allah yang bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan

Hati akan menjadi sendi kekuatan dalam pertarungan jiwa apabila hati itu terus hidup, lembut, bersih, cekal dan sentiasa mengingati kata-kali Sayyidina Ali bin Abi Talib Karramallahu wajhah, Allah mempunyai bejana di bumi, iaitu hati. Hati yang paling Allah kasihi adalah hati yang paling lembut, paling, bersih dan paling cekal." Kemudian Ali menerangkan maksud perkataannya dengan mengatakan, "Paling cekal dalam beragama, paling bersih dalam keyakinannya dan paling lembut terhadap saudaranya.

Juga hati yang sentiasa mengingati perkataan Ali bahawa, Hati seorang mukmin itu suci bersih, pada hati itu terdapat pelita yang bercahaya.Hati kafir itu hitam, sentiasa sakit.

Petikan daripada buku Apa Ertinya Saya Menganut Islam karya Dr. Fathi Yakan. Semoga Allah s.w.t. menempatkan Dr.Fathi Yakan ke dalam golongan para salihin dan syuhada'. Amin.

Saturday, June 20, 2009

SEKITAR PROGRAM TEKNIK JAWAB SOALAN PENDIDIKAN ISLAM PMR DAN SPM SMK PERLIS




Alhamdulillah dengan izin danrahmat allah program ini telah dapat dilaksanakan dengan lancar
Tarikh: 20 jun 2009
Tempat: politeknik tuanku syed sirajuddin, arau,perlis
Kehadiran: pelajar: 245 orang
Fasilitator: 25 orang ( pelajar ipt bekas pelajar smk perlis dan bekas pelajar
Ma'had Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI))
Guru: 6 orang

penceramah: Ustaz Zulkifli Abdul Rahman (smk abi - pmr)
Ustaz Mohd. Rifa'in (smk jitra- spm)
En. Ku Mahizan ku jaya (smstsp- bekas smkps -motivasi)
En. Azmi Bahari (matri -motivasi)
semoga allah memberi ganjaran yang baik di dunia dan akhirat kepada sekalian yang membantu.amin.

Program ini, disamping bertujuan untuk mendedahkan para pelajar tentang teknik menjawab soalan,ia juga bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk berada dalam suasana ipt. Pelajar telah mula berkumpul di hadapan sekolah sekitar jam 7.00pagi. Bas pertama mula bergerak pada jam 7.40 pagi.semuanya 7 buah bas.

Pada jam 8.30 semua peserta telah tiba di politeknik dan dibawa ke dewan (dua buah dewan kuliah) oleh fasilitator dan guru. Kedatangan diambil oleh para fasilitator. Ceramah teknik menjawab soalan dimulakan pada jam 9.15 pagi, bengkel menjawab soalan yang dikendalikan oleh para fasilitator bermula pada pukul 11.30pagi. Pukul 1.30 tengah hari semua solat di masjid politeknik. 2.30 petang ceramah motivasi dan 3.40 petang sesi bersama fasilitator di mana para pasilitator telah memberikan penerangan ringkas tentang ipt dan kursus yang mereka pelajari dan nasihat kepada para peserta.padapukul 4.20 penyampaian sijil kepada para peserta. 4.30minum petang dan seterusnya solat asar di masjid politeknik yang diimamkan oleh ustaz fakhrorrazi.

Panitia pendidikan islam mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada para peserta yang walaupun ramai telah dapat menjaga disiplin dan majlis berjalan lancar. Juga ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada para guru dan saf fasilitator yang telah membantu menjayakan program ini. Tidak lupa berbanyak-banyak terima kasih kepada jabatan pelajaran negeri perlis yang telah meluluskan permohonan bas untuk membawa peserta, politeknik tuanku syed sirajuddin yang telah membenarkan program ini diadakan disana dan kepada smk perlis yang membenarkan program ini dijalankan serta meluluskan peruntukan yang diperlukan.

Program seumpama ini telah diadakan:pada 2007 di institut perguruan perlis, 2008 di politeknik tuanku syed sirajuddin. Insya allah,mudah-mudahan dapat dilaksanakan pada tahun-tahun yang akan datang.


Friday, June 19, 2009

APA YANG ADA PADA SEORANG AYAH

Apalah yang ada pada seorang ayah
Jika hanya sekadar memberi makan dan tempat tinggal
Jika tidak dapat dibisikkan
Ke telinga anak-anaknya
Bahawa
Mereka harus meneruskan pusaka perjuangan
Yang telah dirintis oleh ayah dan ibu mereka.

Gigabait Zone
19 Jun 2009
Magrib

KELMARIN AKU BERSEMBANG

Kelmarin aku bertandang
Kelmarin aku bersembang
Menjenguk kakakku di rumah arwah ibu

Jaraknya empat kali balingan cuma
dari sawahijau
Sekadar bertanya khabar diri
Diceritera bahawa rasa sunyi mencengkam jiwa
setelah ibu pergi
apatah lagi tika sore menjelma

Itulah yang kurasakan
seminggu dua
setelah ibu mengadap Ilahi
Syukur dalam kekalutan mengintai KMK13
Hatiku kembali terfokus

Kini KMK13 sudah menjadi sejarah
Yang masih dikenang
Petang-petang begini
Hatiku kembali terkenang kepada ibu

Gigabait Zone
19 Jun 2009
Maghrib

Thursday, June 18, 2009

SEKITAR KEM MINDA KREATIF (KMK) KE-13

R
e
h
a
n
&
A
s
y
r
a
f


Lagi pelajar saya yang
menyertai KMK13

SEKITAR KEM MINDA KREATIF (KMK) KE-13



pelajar-pelajar saya
yang menyertai
KMK13

Pendang Lake
Resort
9-11.6.09







Wednesday, June 17, 2009

Gambar Kenangan 5 Seni 1 2008 SMKPerlis


Pelajar-pelajar 5 Seni 1 dan lain-lain pelajar SMKPs yang hadir ketika rumah terbuka di SawaHijau selepas Hari Raya Puasa 2008. Kenangan bersama anda insya Allah cikgu tak lupa.

Sunday, June 14, 2009

DINNER DI SAWAHIJAU


Al-QURAN:

Al-Quran sentiasa memperingatkan kita dan menjaga kita daripada terjerumus ke dalam lembah putus asa atau putus harapan daripada Rahmat Allah. Ia menimbulkan dalam diri kita segala pengertian ketenangan, kepuasan jiwa, menyalakan harapan dan cita-cita dan keinginan yang sungguh-sungguh untuk mencapai rahmat kurnia Allah.

Firman Allah swt (bermaksud): Katakanlah: "Wahai hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada Rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah Az-Zumar: ayat 53)

Al-Quran adalah sebaik-baik penolong dan sebaik-sebaik bekalan di sepanjang jalan kehidupan. Al-Quran menggembirakan manusia dalam keimanan dan menjauhkan mereka daripada kekufuran dan kederhakaan.
Bacalah Al-Quran terus menerus....sekali-sekali janganlah meninggalkan Al-Quran, bacalah dengan renungan yang mendalam supaya bekalan iman dan taqwa kita sentiasa baru, segar dan bertambah terus menerus. Teruskan dan kekalkan hubungan kita dengan Allah dengan membaca Al-Quran kalamullah.
(Ustaz Mustafa Masyhur: Bekalan di dalam Perjalanan Dakwah)

SawaHijau

Assalamu'alaikum
Selamat Datang Ke SawaHijau
Blog Famili yang menghuni di SawaHijau
Ghaz, Ana, Taqie, Ali & Umaq


SawaHijau
Kali yang mengalir perlahan
Burung-burung yang bersiulan dan berterbangan
Adalah penyejuk mata
Penawar hati
Dalam hiruk pikuk jalanan kehidupan