Saturday, August 29, 2009

WARGA SAWAHIJAU



Sudah 3 purnama sawaHijau keudara tetapi
belum lagi disiarkan gambar kesemua ahli2
sawahijau.Maka disini disisipkan...










Gambar atas: Ali, Rohana, Ghazali
Gambar bawah: Taqiyah, Rohana, Muhajir, Ghazali

Friday, August 21, 2009

KUSAMBUT RAMADHAN DENGAN AIR MATA

Kusambut Ramadhan kali ini
Dengan hati yang sendu
Dan linangan air mata
Kerna dunia terasa sunyi
Tanpa ibu bersama
Yang boleh kuziarahi saban petang

SawaHijau
Solat maghrib Malam 1 Ramadhan
Jumaat 21 Ogos 2009

Friday, August 14, 2009

BUKAN SALAH MEREKA

Bukanlah salah mereka
itulah yang dapat kukatakan
Setelah kutemubual beberapa orang pelajar
meraka hanyalah insan daif yang menjadi mangsa kepada keadaan
jika boleh ingin kuberitahu seluruh dunia
..didiklah anak itu sejak daripada d alam buaian lagi.

SMK Perlis
13.8.09

RINDU

Pabila rindu pada ibu
Hatiku sendu
Air mata bergenang di pipi

Pabila rindu pada ibu
Hatiku terasa sunyi
Kerna tiada lagi sahabatku yang paling karib
...sejakku dilahirkan
Untukku ziarahi dan kubawa bicara

Pabila Hatiku rindu pada ibu
Hatiku sendu
Sekeliling terasa sepi
Seseolah-olah turut merasa sepi akan kehilangannya

Sawahijau
Lewat petang/ 13.8.09

SEMOGA ALLAH RAHMATI USTAZ ASRI

Al-Fatihah. Semoga Allah s.w.t. merahmati Ustaz Asri, vokalis utama kumpulan Rabbani yang telah kembali ke rahmatullah kelmarin, Khamis, 13 Ogos 2009. Jasa beliau sangat besar dalam bidang lagu-lagu berunsur Islam di rantau Asia Tenggara.

Gigabait Zone
1749/ 14.8.09

Friday, August 7, 2009

TERIMA KASIH SAHABAT


Terima kasih sahabat
Atas ingatanmu
Sesungguhnya ingatan adalah amat berharga
Melebihi butiran emas dan perak
Kerna ia adalah lambang persahabatan
Yang tiada dalam timbangan dirham dan dinar.

SMKPs
5 Ogos 2009

Sunday, August 2, 2009

Sepi

Sepi
Merangkul sukma
Tika di kamar ini
Aku menyendiri
Tiada teman bicara

Sepi
Merangkul sekeping hati
Yang menyendiri
Hinggalah tilawah Kalam Ilahi
Dan kesyahduan azan maghrib
Membawa kekuatan
Untukku harungi lautan kesepian

Rumah Belia
Seksyen 12 Petaling Jaya
2.8.08