Monday, July 27, 2009

SAMPAI BILA NAK POCO-POCO

Sampai bila nak berpoco-poco
Lagu-lagu Malaysia yang lebih cantik kan banyak
Apa yang perlu
Kita ubah minda
Kita ubah cara kita melihat dunia kita

SMK Perlis
Sesi senamrobik
Majlis Penutupan Bulan Kecergasan
27.7.09

Friday, July 24, 2009

TAHNIAH USTAZAH TAQIYAH


Tahniah kepada warga SawaHijau,
Ustazah Taqiyah Khadijah atas
Penganugerahan Diploma Pengajian
Islam dan Teknologi Maklumat
pada Majlis Konvokesyen Universiti
Darul Iman Malaysia pada 14.7.09

Tuesday, July 21, 2009

AKU MENGEJAR MASA


Di sini
Aku mengejar dan dikejar masa
Entah sampaikah ke puncak
Dalam lima purnama mendatang
Ya Ilahi
Masukkanlah ke dalam hatiku kekuatan
Tukku daki lereng pengajian yang semakin curam ini
Amin Ya Rabbal 'Alamin

Perpustakaan UM
20 Julai 2009

Saturday, July 18, 2009

TERINGAT AKU

Tika sudah solat
Aku memetik butang-butang net book
Dalam keheningan surau di Perdana Siswa
Mata yang menelaah bait-bait ayat
Yang mengungkapkan adab anak pada ibu bapa
Hatiku sendu
Mengenang ibu

18 Julai 2008, 2123
Surau Perdana Siswa
UM

Thursday, July 9, 2009

KUZIARAHI PUSARA BONDA

Jika dulu
Kuziarahi ibu tika kuingin berkelana
Kini ibu sudah kembali kehadrat Ilahi
Kuziarahi ibu juga
Sebelum kelanaku
Di pusaranya

3 Julai 09
Masjid Lama Arau

Thursday, July 2, 2009

BIASANYA AKU



Biasanya aku
Jika ingin berkelana
Kujenguk ibuku
Yang duduk bersila di ruang hadapan rumahnya
Kerna itu sudah adat bagiku
Buatku minta restu dan doa

Kini ibu sudah pergi mengadap Ilahi
Hampir dua purnama yang lalu
Tiada lagi tukku ziarahi
Buat ku minta restu dan doa

Esok
Akan kukelana lagi
Tanpa ibu yang bolehku ziarahi
Buatku minta restu dan doa

Hari ini
Hatiku sendu
Kelopak mataku bergenang air.

Gigabait Zone
2 Julai 2009
1733